Wednesday, March 30, 2016

MOTIVASI MAMPU VS ILMU

          MAMPU & ILMU: Untuk jadi mampu ianya perlu dibina dengan ilmu, Ilmu pula mestilah berkaitan dengan kemampuan seseorang. Tanpa Ilmu, walau ianya mampu sukar untuk berjaya. Jika berilmu dan mampu semuanya dapat di atasi. Tidak cukup mampu dan ilmu ianya perlu digarap dan ditambah dengan pengalaman, budiman, sistem yang betul dan cekap. Semaunya boleh dirancang dan yang menjadikan ianya terbukti berjaya adalah suratan takdir dan tawakal. Di dalam apa jua jika berusaha-berusaha dan tidak berputus asa semuanya akan berjaya. Jangan berputus asa dan selesa dengan apa yang ada dan rebut peluang yang ada jika meinginkan sesuatu yang ditetapkan. Jadi jika rasa cukup yang dengan apa yang ada tidak perlulah mengambil risiko, tetapkan dan  jangan pasang angan/impian untuk jadi lebih baik jika selesa dengan apa yang ada. Selesa juga ditakrifkan mengikut pangkat, darjat dan kemahuan yang dikehendaki. Bagi yang sedikit menderma separuh harta mungkin tak sama dengan orang kaya, kerana orang sedikit harta jika ada kambing 1,000 ekor dan didermakan separuh adalah 500.00 ekor tetapi orang kaya yang ada 10,000 ekor kambing belum tentu dapat mendermakan separuh hartanya (5,000 kambing) mungkin hanya mampu dermakan suku hartanya 2,500 ekor sahaja. Di sini yang paling afdal bukan bilangan tetapi kesanggupan orang yang sedikit harta sanggup menyerahkan harta separuh sedangkan orang kaya hanya sanggup menyerah suku jumlah kambingnya. Jika dilihat kuantiti sememangnya orang kaya walaupun suku telah menyumbang 2,500 ekor kambing, tetapi yang lebih sanggup menderma dan keikhlasan penderma memberi separuh hartanya adalah lebih diutamakan.
                Ilmu perlu dicari dan ilmu tidak datang mengolek, kalau ada pun amat sedikit yang hanya menanti ilmu datang kepadanya. Kebiasaanya orang sakit tak mampu bergerak boleh dapat ilmu kerana ada orang lain datang menyebar ilmu. Di hari pencen adakah mampu & Ilmu menjadi impiandan mainan, kerana mampu tersekat disebabkan faktor fizikal sudah kurang mampu, manakala ilmu yang adakah masih mampu disebarkan jika tidak mampu bergerak, Banyak bidang ilmu samada pencen perlu dicari agar fizikal terus kekal sihat dan dapat memilih ilmu yang diperlukan untuk kekal di dalam kategori YB (Yang Beerpencen/Bersara). Sekarang ilmu boleh diakses hanya dihujung jari tetapi jika tidak ada pembimbing dan pemahaman ianya akan merumitkan masa YB.Walaupun tidak mampu bergerak jauh sebab fikizal tidak mampu tetapi ilmu yang ada boleh disebarkan melalui teknologi media sosial, penulisan kreatif dan yang penting mengamalkan yang terbaik agar diikuti dan diperhatikan ////////////////////?????? BERSIH HATI, BERSIH JIWA, JAGA MATA-JAGA PAHALA, JAGA KAKI-JAGA MATA, JAGA TANGAN -JAGA MULUT-JAGA HATI SEMUANYA PASTI TERJAMIN KEKAL BERIBADAH KEPADA YANG MAHA ESA. 

No comments:

Post a Comment