Saturday, March 26, 2016

PERKHIDMATAN DIPENGHUJUNG

       Sejak dari mula latihan Kadet tahaun 1980, perkhidmatan sekarang telah mencecah ke angka 36 tahun dan akan tamat pada tahun 2017. Jika ada rezeki pangkat akan bertambah 3 tahun lagi kepada 40 tahun atau umor menjangkau 60 tahun. Pelabagai ragam manis dan masam atau ragam dilalui ada yang akan menjadi kenangan, imbauan atau mimpi berulang sehingga mata terpejam rapat. Masa untuk merancang persaraan perlu dibuat dari sekarang. Langkah pertama bermula tahun lepas dengan mendapatkan baki cuti tahunan daripada JRP Bhg Rekod. Maklumat telah diterima dan baki cuti telah mula dirancang dengan memastikan tahun ini 2016 kesemua cuti 42 hari dihabiskan dan sebelum Jun 2017 semua cuti berbaki perlu dirancang dan dihabiskan dengan mengambil cuti rehat panjang mulai 2017 bulan Jun. Bulan Feb 16 cuti selama 3 hari selapas tahn baru china mulai 11 hingga 14 Feb, 3 hari pada bulan Mar mulai 14 hingga 16. Kesemua cuti balik ke Kedah untuk merancang pembinaan rumah di atas tanah pusaka. Bulan Apr dirancang selepas 24 Apr untuk kerja-kerja mengukur tapak dan kerja-kerja menambun tanah. Dijangka penambakan perlu disegerakan pada bulan Apr agar tanah dapat dibawa masuk melalui jalan sawah padi atau terpaksa menung tahun 2017 musim kemarau. Pilihan lain adalah pembinaan jambatan di sungai Wan Mat Saman. Jika ini dilaksanakan ianya memerlukan RM 15,000.00. 
        Semua perancangan telah dibuat secara umum tanpa dihelaian kertas. Rancangan mendalam perlu dilukirkan diatas helaian secara positif dan menentapkan kerja dan masa serta kewangan agar semuanya berjalan dengan teratur dan akhirnya mengskiri dalam perkhidmatan ATM dan membina kehidupan baru selepas pencen sehingga diakhir hayat, InshaAllah. Tindakan untuk memulai rancangan akan terus dibuat setelah mendapatkan maklumat yang tepat dan juga berdasarkan maklumat terkini dan juga pembedahan lutut ACL selepas Julai. Bulam Sept adalah detik keputusan dibuat dengan membuat surat dan dimajukan ke bahagian/saluran yang ditetapkan. Mulai sekarang masih banyak perkara yang perlu difikirkan dan dibuat penganalisaan dan akan dibuat keputusan pada bulan Ramadhan Al Mubarak.......fikir & harapan

No comments:

Post a Comment