Kerja-kerja membersihkan tapak rumah telah dilaksanakan dengan menggunakan khidmat backhoe sykt Rahimi. Masih terdapat longgokan batu untuk tindakan penambakan sebagai jalan masuk/laluan ke terusan. Sebanyak RM 1,300.00 telah dibayar pada 8 Apr 16. Peringkat seterusnya timbunan kayu, pokok dan sisa lain akan dibakar sebagai baja humus untuk tanaman pokok/baja.Tindakan selanjutnya adalah seperti berikut:
a. Peringkat seterusnya perbincangan mengenai laluan masuk seperti saiz lebar, penurapan batu, pasir dan juga sampai ke mana diperingkat pertama dan kedua. Berapa kos jalan. Jalan jiran adakah mereka juga bersetuju dengan cadangan kami untuk masing-masing mepruntukan lebar 6 kaki jalan masuk atau sebaliknya. Longkag air.Pembinaan jambatan masuk juga perlu di bincang bagi kemudahan keluar masuk.
b. Pengukurran keluasan sebenar tanah kepada 4 bahagian mengikut pembahagian samarata atau faraid untuk tanak kampong dan tanah sawah. Tanah sempadan kampong dengan Mak saudara perlu diputuskan bagi mendapat jumlah sebenar tanah kampong supaya pembahagian tanah tidak menimbulkan masalah sebelum apa-apa binaan dilaksanakan.
c. Di dalam masa terdekat membuat pengiraan kos menambak tanah tapak binaan rumah yang akan dibina. Tapak tambak tanah adalah hanya mengambil kira keluasan tanah yang akan dibangunkan manakala laian kawasan akan dikekalkan mengikut paras asal.
d. Rancangan lanskap di bahagian yang tidak dibangunkan turut diambil kira, agar rumah siap untuk diduduki pokok telah tinggi sekurang-kurangnya 6 kaki atau boleh mengeluarkan hasil. Pokok kekal dan hiasan akan ditanam bagi mengurangkan kos dan juga menyejukan kawasan.
e. Menyiapkan lukisan model rumah dan keluasan tapak binaan. Kos pembinaan akan diperincikan agar dapat dibuat kos anggaran dan kos maksima yang diperlukan. Ini semua mengambil kira sumber kewangan yang sedia ada atau kemungkinan dapat dan pinjaman jika perlu.
f. Setelah rekabentuk, tapak tanak yang akan dibina akan ditambak dan dibiarkan mendap selama 6 bulan ubat anai-anai akan diserapkan sebelum penambakan dilaksanakan.. Selepas enam bulan pemasangan saluran pembentungan, paip air, letrik, kumbahan serta pembinaan beam concrete dan tapak konkrit (brc wire) mengunakan premix cement concrete agar tapak kukuh dan tahan lama.
Kerja-kerja ini semuanya perlu dilaksankan sebelum Feb 17, Pembinaan rumah akan bermula bulan Jun 17 dan siap sebelum Nov 17. Rumah akan diduduki sebelum 31 Dis 17. InshaAllah semua ini akan dibuat berdasarkan keadaan semasa dan jika ada perubahan ianya akan tetap dilaksanakan hanya masa akan dipanjangkan mengikut keperluan semasa pada ketika itu. Wassalaam.
No comments:
Post a Comment