Tuesday, June 22, 2021

NIKMAT DAN REDHA: TAHUN JAN 2018-2021 JUN

     Setelah masuk umur 60 tahun pada 23 Dis 20,  ramai shbt yg lahir tahun 62 hingga 65 telah mengapai cita-cita. Duluan mereka juga menghitung rezeki masing-masing dan melihat laluan kejaya masing-masing. Ada yg dijangka akan menyusuri kejayaan berganda, ada tidak mengjangka dan ada yg berusaha gigih dan mencapai apa yg dirancangkan dan Allah menyegerakan. Sebelum berlaku, apa yang dirancang adalah usaha danbelum jelas tetapi setelah berjaya jika ia redha dgn ketentuan Allah ianya orang yg bertakwa. Sebaliknya jika ia berbangga semuanya usaha titik peluhnya atau dengan cara yg salah..hanya Allah yg maha mengetahui. Yg usaha tapi tidak kesampaian lagi, ianya kerana sedar dan redha di atas perancangan Allah. 

Ramai rakan yang besara didalam pangkat yang terakhirnya dan tidak melepasi target walaupun sudah dimasukan ke perahu yang sedikit calunnya menuju ke pelabuhan yang lebih besar nilainya ttapi ada diantaranya terpaksa diturunkan dipelabuhan sebelumnya dan perahu terus belayar menuju destinasin utamanya. Ada yang tahu masanya sampai dan kekal di dalam pangkat yang disandang kerana belum layak menaiki perahu yang tidak dapat dinaikinya kerana tidak layak mendapat boarding pass. Tetapi Rezeki Allah jua kepada yang tidak mahu naik atau merancang untuk naik perahu tetapi ada sebuah perahu dibina dengan jumlah penumpang yang terpilih dan dapat bersaing serta dipindahkan ke perahu semasa dalam pelayaran menuju destinasi terakhir sebelum disambung kedestinasi bonus. Ada beberapa yang terpilih dinaikan ke pesawat udara dan digugur atau diturunkan didestinasi terakhir perahu berlabuh dan juga meneruskan kedestinasi Bonanza. Ini berlaku kepada beberapa yang terpilih dan ditetapakan Allah jua. Sebagai manusia hamba Allah, berpaling kebelakang melihat jalinan kerjaya dan bersyukur serta redha kerana Allah memeberi pelbagai lagi Nikmat buat bekalan ke Jannah atau Allah masih belum beri Hidayah kepada melakukan kebaikan.

Redha dan bersyukur dari awal dalah tingkatan Imam yang tertinggi, manakala Redha dan Bersyukur selepas melalui/mengetahui hadnya tamat disitu sahaja juga mepunyai Imam yang Tinggi tetapi jika terusan menyatakan ianya tidak adil, berprasangka buruk dan irihati terhadap sahabat yang berjaya mendarat di pelabuhan dan didestinasi Bonanza amatlah merugikan. Berfikiran sejenak, kenapa Allah menjadikan akhir penamat kerjaya tidak sia-sia dan ada banyak hikmahnya.

No comments:

Post a Comment