Allahuakbar, dalam kesibukan menyemak senarai penerima sumbangan hari raya dari surau, nama mohd Yusof seorang pesara tentera dipertimbangan oleh AJK. Beliau terlantar serangan stroke. Selepas perbincangan 21052020 jam 1030 aku membuat serahan penerima sumbangan bagi kategori AJK (Cik Gu Zul, 2 Bilal), warga emas Hj Sood dan kakanya, asnaf Puan Siti Zubaidah, Puan Zaleha Karim, OKU Kaber Khan, Bujang Jamaan, 2 anak Abang Kamarul dan Kpl Yusof. Bagi penerima lain diuruskan oleh Hj Hamzah AJK Kebajikan, Bendahari Abg Aris dan puan Rohana Ketua Muslimah. Semasa sampi di rumah Kpl Yusof beliau sejka pagi jatuh dan difahamkan baru keluar hospital.Pada hari tersebut menghubungi BG Saifudin dan seterusnya
dipanjangkan ke SU PVRSD PW1 Azman (Bersara). Aku juga menghubungi VET bagi mendapat sedikit maklumat diatas pembatalan elaun sara diri ditamatkan. Alhamdulillah SU VET telah datang menziarahi Kpl Yusof pada hari Jumaat jam 1030 pagi pada 22 Mei 2020 untuk tindakan selanjutnya. Turut sama PW 1 Hj Salehudin.
No comments:
Post a Comment