Wednesday, March 18, 2020

RAKAN PENCEN & UKHWAH SESAMA ORANG PENCEN

ALHAMDULLILLAH, pencen sejak Jan 2018 hingga sekarang telah memasuki hampir 2 tahun 3 bulan. Banyak juga halangan dan rezeki yang Allah berikan. Ada rakan-rakan yang banyak harta, wang dan ada yang masih memiliki kerjaya kedua selepas pencen. Ada yang melancong, jaga anak, jaga cucu, jaga isteri.Ada yang dijaga oleh isteri, ibubapa, anak-anak dan lebih malang dibawah jagaan pusat kebajikan. Ada yang pencen meneruskan hidup bersenag seperti sebelum pencen belibur, bergolof, berklubbing dan dibuai dengan kemewahan dan kekayaan hasil yang diusahakan samada cara sah atau tidak sah disisi ugama. Aku masih di dalam pengawalan pencen bulanan dengan perbelanjaan terhad akibat daripada bayaran ansuran kereta, rumah dan juga bayaran insuran. InshaAllah berakhir tahun 2021 dan 2024 akan langsai hutang-hutang dan boleh aku dan isteri melancong sambil beramal. Tahun 2020 hingga 2021 adalah Tahun IQRA & Al Quran dan InshaAllah tahun 2023-2024 aku akan gunakan untuk hafazan dan menjadi Imam dan guru Tajwid & AlQuran. Umur 65 tahun akan digunakan untuk melancong sambil beramal. Berusrah dan mendekalti alim ulamak serta berbakti kepada rumah amal setakat yang mampu. Diwaktu ini, sedikit wang perlu digunakan untuk infak kepada kuarga,jiran, surau dan mana2 yang memerlukan.